Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t. dengan izinNya Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa telah berjaya mewujudkan blog Rasmi Sekolah di atas dorongan, komitmen, inisiatif dan kerjasama dari semua warga SK Pulau Rusa. Pengwujudan blog ini bermatlamat untuk untuk menjadinya sebagai landasan informasi, berita dan apajua aktiviti supaya dapat disalurkan serta disebarkan pada kadar yang cepat dan tepat kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa di mana jua mereka berada.

Di samping itu, blog ini juga diharap dapat berfungsi sebagai platform penyebaran maklumat secara meluas yang tidak terbatas sempadannya bersesuaian dengan gagasan kerajaan menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang bersifat global ini sebagai agenda utama kerajaan.

Kepada semua warga pendidik di SK Pulau Rusa, saya berharap agar semuanya dapat memanfaatkan kemudahan ICT dengan meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten  dalam segala urusan kerja dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu mewujudkan idea yang kreatif dan inovatif di kalangan murid-murid.

Kepada  ibu bapa dan komuniti setempat pihak sekolah berharap saluran ini dapat dijadikan sebagai platform untuk berinteraksi secara maya untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.

Akhir kata, saya  ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada warga SK Pulau Rusa kerana telah memberi sumbangan dalam bentuk kepakaran yang inovatif dan kreatif dalam usaha mewujudkan laman rasmi ini. Sama-samalah kita bergerak ke arah dunia globalisasi melalui ICT dan menjadi masyarakat yang berteknologi. 

Sekian, terima kasih.

Pn. Hajjah Husni Bt. Yusof
Guru Besar
SK Pulau Rusa

29 Oktober 2014

No comments:

Post a Comment